Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut
Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun
pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi
kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam
jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.Idea Furnivall
mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi
yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu
analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini.
M.G.
OBJEKTIF
KAJIAN
1. Mengenalpasti
kronologi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
2. Mengkaji
adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia dan kesan terhadap budaya Melayu.
Ciri-ciri
masyarakat majmuk
Ø Masyarakat
majmuk: J.S Furnivall (1956) dalam bukunya yang bertajuk Colonial Policy and Practice : A ComparativeStudy of Burma and
Netherlands India telah memberi beberapa ciri masyarakat majmuk berdasar
masyarakat majmuk di Burma dan Kepulauan Jawa iaitu;
·
Mempunyai 2 atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama,
tidak bercampur-gaul, berada dalam satu unit politik
·
Pemerintah dari bangsa berlainan
·
Tiada kesedaran kebangsaan
·
Pembahagian ekonomi yang jelas antara kumpulan etnik
·
Pasar sebagai tempat berinteraksi.
·
Cenderung kepada konflik, perlu kuasa luar untuk mengawal keadaan
·
Setiap kumpulan mempunyai aturan sosial tersendiri, sebagai panduan
hidup (budaya, adat resam dan sebangainya)
·
Wujud garisan-garisan pemisah yg memperkukuhkan (mutually reinforcing cleavages) BUKAN
garisan-garisan silang-melintang (cross-cutting
cleavages)
Konsep masyarakat majmuk
Menurut J.S Furnivall (1939), sebuah masyarakat majmuk merupakan
satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana
penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan
sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu
unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam
sebuah masyarakat majmuk itu ” bercampur tetapi tidak bergabung”. Setiap kelompok
memegang kuat kepada agama., kebudayaan, bahasa,idea-idea dan cara-cara
kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup
secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem
pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pulaberasaskan ras di mana setiap ras
dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Dasar
Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam
hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan
terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan
sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat
beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut .
i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk
bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal
ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui
sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan
tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa
dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang
imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada
tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke
negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan
Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan
dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti
pembinaan jalan keretapi dan jalan raya
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan
jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada
tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya
jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris
dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan
buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan
Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan
undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan
yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja
menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak
pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi
1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka
dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris
ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil
pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan
membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan
yang dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan
perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini,
pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah
banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan
industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan
prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah
kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial/Pendidikan
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan
pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana
wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang
berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia
juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di
Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut
sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan
ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang
ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia
hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri
sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik.
Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu
sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan
orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan
walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan
ekonomi penjajah. Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia
etniknya merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa.
Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat
biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia
(Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat
majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi
di bawah sistem politik yang sama.
KRONOLOGI PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
Kehadiran
pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan
Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walaupun
kehadiran mereka ini tidak dapat membina satu masyarakat majmuk yang jelas.
Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri bermul;a pada penghujung abad
ke 18 dengan kehadiran pihak British. Pendudukan British di Tanah Melayu
bermula dari pergolakan politik dan perebutan tahta yang berlaku di kedah dan
di Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau
Pinang dan singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda
pada tahun 1824. Secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada
pihak British.
I. Kedatangan dan Serangan Portugis di Melaka.
Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham, sultan telah menahan beberapa
pedagang Portugis yang datang berdagang. Demi membebaskan pengikutnya Alfonso
De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan beliau menhantar
utusan kepada
sultan supaya membebaskan pengikutnya serta membayar gantirugi. Kerana
keengganan sultan, maka Portugus telah melancarkan serangan dengan kehadiran
800 orang Portugis dan 600 orang India. Kehadiran tentera seramai 1400 orang
itu telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada
ketika itu.
ii. Rampasan takhta oleh Belanda
Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis di melaka. Pada tahun
1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai melaka. Percubaan selama tiga
bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada atahun 1636 kapal
belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh
ke tangan belanda pada 16 januari 1641. Gabenor Portugis , Manuel de Souza
Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson
Kaarokoe.
iii. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi kesan serba sedikit
terhadapa pembentukan masyarakat malaysia yang sedia wujud pada hari ini.
Pentadbiran Jepun di tanah Melayu dipanggil senagai Malai baru oleh Jepun dan
ianya diletakkan di bawah kuasa pentabiran tentera Jepun yang
berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan
telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Dar segi
pentadbiran,satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau
Pinang, Melaka,Perak, Pahang, Selangor dan negeri sembilan. Sementara itu
negeri Perlis, Kedah, kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pentadbiran
Siam pada tahun 1945, dengan tujuan membaca jasa Siam.
v. Campur tangan Inggeris Di Tanah Melayu.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786 menyebabkan kemasukan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangkamasa yang panjang semasa pemerintahan Kolonel
British di malaysia iaitu selama labih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786
hingga 1957. Antara tahun itu malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang
Dunia ke 2. Walaubagaimanapun, jangkamasa yang singkat itu dianggap tidak
mempunyai kesan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Setelah
kemasukan migran dari luar maka lahiorlah kelompok daripada keturunan Cina dan
India yang berasimilasi debngan budaya tempatan seperti Baba- Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa
juga turut berlaku apabila perkahwinan anatara orang asing dengan penduduk
tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti
kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk
malaysia mempunyai darah kacukan Melayu_Arab, Melayu-India, Melayu –Cina dan
lain-lain. Menurut B.W Andaya (L.Y Andaya 1983) masyarakat
Cina daripada negara China seebenarnya ingin keluar darpada hihup dalam
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah melayu. Kemasukan buruh-buruh cina ke tanah melayu beberapa cara yang
dikenalpasti diusahakan oarang cina sendiri yang telah lama menetap di Tanah
melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.Menurut W.L Blythe (1953)
bilangan buruh cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dar masa
ke semasa. Namun begitu sukar diketahui angka asalnya kerana ramai yang masuk
secara haram. Kemasukan masyarakat cina ke Tanah Melayu
menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
abertambahnya kaum cina. Pengarauh kaum cina di Tanah melayu telah mengubah
corak dan sistem soail Alam Melayu dan juga masyarakat melayu ketika
itu.Wujudnya golongan Baba–Nyonya hasil penghijrahan kaum cina itu,
wujudlah golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukan masyarakat di
Malaysia dan menggambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.Migran
keduia terbesar selepas cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakana mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya atersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke
luar.Suasana di negara itu yang
dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang
sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka
masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri
Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia
dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh
daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa,
Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia
juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan
Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan
pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai
selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama
penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding
apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah
kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan
seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti
peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik
berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan
pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak
pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Adat dan budaya masyarakat
majmuk di Malaysia
Masyarakat Melayu
·
A)Kekeluargaan
·
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan
kepada dua kelompok:
* mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
* mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)
·
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut
menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi
oleh sistem kekeluargaan Islam.
·
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan
poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang),
eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur
juga ada, tetapi tidak begitu populer. Semua perkawinan Melayu dijalankan
mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).
·
ADAT RESAM KELAHIRAN
Adat
ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh
seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita
hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan
untuk upacara ini termasuk:
o Tujuh
helai kain dengan tujuh warna berlainan
o Segantang
beras
o Sebiji
kelapa
o Beberapa
urat benang mentah
o Damar
o Minyak
kelapa atau minyak urut
o Lilin
o Tepak
sirih yang lengkap isinya
o Pengeras
sebanyak RM1.25
·
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di
kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya,
bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu
adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
·
PERKAHWINAN
Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam
seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga
bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki
seperti ibu atau bapa saudaranya.
·
Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting
dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan
sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang
dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah
pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara
akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan
anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau
imam.
·
KESENIAN
Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4
bahagian iaitu :
o Seni
Suara
o Seni
Gerak
o Seni
Rupa
o Permainan
Tradisional
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai
karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil
daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah
mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai
unik dan menarik.
·
SENI SUARA
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah
suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu
dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu :
o Seni
vokal
Seni Vokal lahir
daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni
vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni
vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
o Seni
muzik
Menurut Kamus
Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan
irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu
daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap
manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi
manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia
dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan
pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.
·
SENI GERAK
Seni
gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur
keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata
dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
·
SENI TARI
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman
bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang
berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri
berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis
tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur
– unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua
jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan
siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh
tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
·
DRAMA TRADISOANAL
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney
ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil
yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau.
·
SENI RUPA
Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan
ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu
melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
·
SENI UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai
hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian
mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
·
SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta
untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk
memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu
memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.
Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
·
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan
orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka
bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi,
bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang
melayu khususnya di Sayung, Perak.
Masyarakat Cina
·
Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada
beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu
Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar
“Hong Kong Kecil” kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi
kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kumpulan
sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan
pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.
·
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan
merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut
kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap
tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan
implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa
peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang
nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah
si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala
ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari
pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat
tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada
sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama
setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan
menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti
perkahwinan mereka.
·
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian
buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa
berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat
melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur
sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana
mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.
·
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam
yang berkaitan dengan soal-soal kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan
dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si
mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si
mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara
kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan
dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat.
·
Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru
menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang
menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada
malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian
bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah
perayaan Chap Goh Meh.
·
Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh
dengan sulaman benang emas dan sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa
kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo
masih kekal dipakai dalam upacara majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara
China dengan menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan
ragam hias benang emas dan sutera.
·
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina
mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih
bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki
inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian juga merupakan
makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi
masyarakat Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya
dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam.
·
Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada
musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang
boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam
persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan
maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian
singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.
Masyakarat
India
·
Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar
di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat
India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat
lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu
maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
·
Sejarah orang india Malaysia ialah satu kaum di
Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan
semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
·
Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000
tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty
Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka
oleh orang Portugal dan Belanda.
·
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah
mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India
merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8
juta rakyat.
·
Perkahwinan masyarakat India
Ø Thirumanam
bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam
masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya
thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya,
menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu
mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga
sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji
gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami
isteri
·
Kematian.
Ø Bagi
masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi
kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di
kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.
·
Upacara menanggalkan thaali.
Ø Thaali
vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya
boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.
·
Upacara vaikkarasi
Ø Setelah
dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang
terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa
yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan
mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan.
·
Kollic catti.
Ø Kollic
catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan
diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak
ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi
mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti
rambut yang baru tumbuh.
·
Perayaan bagi kaum india
Ø Setiap
bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum
mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti
deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan
Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa
hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan
perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak
semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu
hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal pula,perayaan ini
diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang
kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka
menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang
lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat
hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
Terdapat beberapa kesan terhadap perubahan
masyarakat majmuk antaranya termasuklah percampuran budaya. Contohnya di dalam
sesuatu kawasan tempat tinggal, bangsa Melayu perlulah bercampur dengan
masyarakat lain. Selain itu, terdapat perubahan hak pada sesuatu bangsa iaitu
pertambahan atau pengurangan hak untuk berlaku adil pada semua bangsa.
Seterusnya, terdapat perubahan status kepada bangsa Melayu seperti yang
terdapat pada slogan ‘Satu Bangsa Satu Negara’ di mana bukan hanya bangsa
Melayu yang mempunyai status yang tinggi dalam negara Malaysia ini. Kesan yang
terakhir ialah kehilangan budaya asal bangsa Melayu kerana terdapatnya campuran
bangsa sama ada dalam perkahwinan ataupun melalui pertukaran agama.
KESIMPULAN
1. Kita
perlu menghormati adat dan budaya setiap kaum di Malaysia.
2. Kita
tidak seharusnya mempunyai sifat perkauman antara satu sama lain.
3. Kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap bersatu padu
4. Di
dalam satu masyarakat, kita harus mengamalkan sikap toleransi tidak mengira kaum
mahupun agama
5. Kita
jangan sesekali membangkitkan tentang isu yang sensitif yang melibatkan kaum
lebih-lebih lagi isu tentang agama.